Wednesday, August 19, 2015

Maksud Tema dan Logo Sambutan Kemerdekaan 2015

Bermula tahun 2015, ungkapan Hari Kemerdekaan ke 58 tidak lagi digunakan. Sebaliknya ditukar kepada sambutan Hari Kemerdekaan 2015. 


Sebab utama perubahan ungkapan sambutan hari kebangsaan itu adalah untuk menyeragamkan negeri Sabah, Sarawak dan negeri-negeri semenanjung. 31 Ogos 1957 merupakan hari kemerdekaan untuk Tanah Melayu manakala 16 September 1963 adalah hari penggabungan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu membentuk Malaysia. 16 September  setiap tahun juga dikenali sebagai Hari Malaysia.

‘#Sehati Sejiwa’ merupakan tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun 2015 yang membawa maksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ianya juga turut membawa maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain.

No comments :

Post a Comment