Saturday, August 22, 2015

NASA dan Ramalan Kiamat September 2015

Gambaran Kiamat apabila bumi dilanggar asteroid raksasa
Ramalan Kiamat yang terbaru muncul lagi  iaitu pada September 2015. Namun, adakah ramalan tersebut mempunyai asas yang kukuh? Adakah teori itu sekadar bahan berita yang direka-direka untuk menarik perhatian dunia?
Sehubungan dengan itu pihak NASA telah tampil membuat penjelasan tentang khabar angin yang tersebar dalam talian seperti blog-blog dan beberapa laman web. Khabar angin yang tersebar mendakwa sebuah asteroid raksasa akan menghentam bumi pada pertengahan hingga akhir September berhampiran Puerto Rico yang boleh menyebabkan kemusnahan yang dasyat. Pihak NASA menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas kerana tiada bukti saintifik yang boleh dikaitkan. Pihak makmal NASA menjelaskan bahawa peratus asteroid berbahaya untuk menghentam bumi pada 100 tahun akan datang adalah kurang daripada 0.01%. Sekiranya kemusnahan yang didakwa akan berlaku pada September ini benar-benar akan berlaku, tanda-tanda awal pasti sudah boleh dilihat. Teori tentang ramalan Hari Kiamat pada tahun 2012 berdasarkan Kalendar Mayan juga ternyata tidak benar dan tidak disokong oleh sains.
Sebagai penganut Islam, Hari Kiamat adalah salah satu daripada Rukun Iman dan wajib untuk dipercayai. Namun, tiada siapa pun dapat meramal masa berlakunya Hari Kiamat. Mungkin esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau beberapa ratus tahun akan datang tiada siapa yang tahu. Jadi, persediaan untuk menghadapi alam akhirat mesti sentiasa dibuat dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

5 comments :

  1. Hanya Allah yg maha mengetahui...

    ReplyDelete
  2. Yang pasti kita akan kembali PadaNYA...

    Mengidam atau mengada-gada? Tanya badan anda Mengidamkah?

    ReplyDelete
  3. diorg ni macam2 ramalan, apa pun kiamat itu pasti

    ReplyDelete