Thursday, August 20, 2015

Penangguhan Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris dan Peperiksaan Berpusat Amali Sains



Kementerian Pendidikan menangguhkan pelaksanaan wajib lulus Bahasa Inggeris dan Peperiksaan Berpusat Amali Sains dalam SPM yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2016.
Pengumuman penangguhan itu bertujuan memberi ruang dan peluang kepada guru dan pihak berkaitan untuk membuat persediaan yang lebih rapi. Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris diumumkan oleh mantan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2013. Syarat tersebut adalah seiiring dengan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Selain itu fasiliti dan kelengkapan makmal untuk pelaksanaan Peperiksaan Berpusat Amali Sains bagi subjek Fizik, Biologi, Kimia dan Sains Tambahan masih dalam proses penambahbaikan. Penangguhan ini adalah kali kedua diumumkan. Sepatutnya Peperiksaan Berpusat Amali Sains bermula pada tahun ini namun terpaksa ditangguhkan kerana banyak kerosakan fasiliti dan kelengkapan makmal di sekolah-sekolah bagi negeri yang terjejas dengan banjir. Oleh itu, kertas 3 bertulis yang dilaksanakan sebelum ini akan terus dilaksanakan sehingga tahun 2016

Klik di bawah untuk lihat
Kenyataan Rasmi Kementerian Pendidikan

2 comments :