Wednesday, August 19, 2015

Rindu Blogwalking, Buffered Earning Nuffnang, Followers & Traffic

Anda yang aktif berblog pasti biasa dengan istilah-istilah berikut. Betul tak?
Pernah suatu ketika, TheMRI ada blog yang agak baik rankingnya. (agak personal entri kali ni..maaf). Sebab gatal tangan nak buat penjenamaan semula, habis hilang semua BE, Followers dan trafik blog. (Menyesal tak sudah). Padahal blog lama TheMRI yang dah tak wujud tu dah menjana income dari Nuffnang lebih kurang RM150 (kira rezeki juga la kan). Tiba-tiba tercetus idea nak aktif berblog semula. Jadi lahir lah themri.blogspot.com yang masih berusia beberapa hari. TheMRI harap blog baru ni mampu menjadi blog yang kemas dan tersusun yang dapat memberi kandungan yang bermanfaat khususnya untuk golongan pelajar dan guru. TheMRI sekarang adalah newbie dalam dunia blog.

No comments :

Post a Comment