Monday, August 15, 2016

Teknik Menjawab Soalan Fizik Kertas 2



Bentuk-bentuk soalan dan Teknik MenjawabFizik Kertas 2 (bahagian B dan C)
9 dan 10
PENGETAHUAN
1.      Menyatakan definisi dengan ayat penuh
2.      Menulis formula dengan simbol dan menyatakan maksud setiap simbol.

MENGKONSEPSI
1.      Membuat & menyatakan pemerhatian – Kemahiran Memerhati & Berfikir secara Kritis.
2.      Membuat perbandingan iaitu menyatakan persamaan atau  perbezaan
3.      Menyatakan hubungan daripada persamaan/perbezaan atau menyatakan prinsip/hukum Fizik yang terlibat.
4.      Markahnya 5, justeru perlu beri isi sekurang-kurangnya 5 isi.
5.      Jawapan ditulis dalam bentuk  ‘point form’

KEFAHAMAN (PENERANGAN KONSEP)
1.      Kenalpasti konsep
2.      Terangkan perkara sebelum sesuatu konsep berlaku
3.      Terangkan konsep dan kaitannya
4.      Terangkan perkara selepas konsep
5.      Markahnya 4, justeru perlu beri sekurang-kurangnya 4 isi
Jawapan ditulis dalam bentuk  ‘point form’



PENYELESAIAN MASALAH KUALITATIF
1.       Mengenalpasti Masalah
2.        Menganalisis Masalah – Kemahiran M/analisis
3.       Mencari kaedah penyelesaian masalah
4.       Mencadangkan kaedah Penyelesaian
5.       Menulis jawapan dalam bentuk jadual (seperti di bawah)
6.       Kalau 10 markah, perlu nyatakan 5 aspek dan penerangannya. Penerangan atau alasan yang dibuat mestilah berkaitan dengan konsep fizik.
7.       Jika soalan memerlukan lukisan, pastikan lukisan dilabelkan atau ditulis apa perkara yang berlaku
11 dan 12
PENGETAHUAN
(sama seperti soalan 9 dan 10)
KEFAHAMAN
(sama seperti soalan 9 dan 10)
APLIKASI
1.       Menulis maklumat dlm btk simbol + unit S.I
2.       Memilih dan menulis rumus
3.       Membuat gantian dlm. rumus
4.       Jawapan akhir + unit betul

MEMBUAT KEPUTUSAN
1.       Mengenalpasti ciri-ciri yang diberikan.
2.       Menerangkan sifat setiap ciri            yang dipilih dan sebab dipilih.
3.       Menentukan bahan yang paling sesuai berdasarkan ciri yang dinyatakan menggunakan kaedah ranking
4.       Memberi sebab mengapa bahan itu dipilih.
Menulis jawapan dalam bentuk jadual atau ‘point’

1 comment :

  1. CASINO HOTEL & CASINO, Las Vegas, NV | Mapyro
    CASINO HOTEL & 통영 출장마사지 CASINO, Las 서산 출장마사지 Vegas, 보령 출장샵 NV. 순천 출장안마 3711 경주 출장샵 US. E. S. Main St. Las Vegas, NV, 89109. Coordinate: 3.92990.

    ReplyDelete